Mailasini Di SK Kg Jawa 2

Mailasini Di SK Kg Jawa 2

Sudut Resipi

Mari kita sama-sama berkongsi pengalaman kita dalam hal masakan. Di sudut ini kita paparkan menu-menu terpilih yang diperolehi dari pakar-pakar masakan yang berpengelaman. Pasti sedap dan enak. SELAMAT MENCUBA.
Kek Lobak Merah

Saya mendapat resepi ini daripada kak Enon dan beliau telah
memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan memasak anjuran WI di Klang. Sama-samalah kita mencuba dan merasai keenakan kek ini.


BAHAN-BAHANNYA


180 g Mentega
70 ml Minyak Bunga Matahari tulen
100 g gula Perang
100 g gula kaster
4 biji telur
200 g tepung serbuk penaik
50 g tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji lobak merah diparut halus
60 g kacang walnut dikisar kasar
digaul dengan sedikit tepung

CARA-CARANYA

1.
Pukul Mentega, Minyak bunga matahari dan gula hingga gebu

2.
Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung yang telah dianyak bersama serbuk penaik

3.
Tuangkan esen vanilla dan gaul hingga rata.
Masukkan lobak merah dan kacang walnutyang telah digaulkan dengan tepung kemudian digaulkan

4.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu

minyak bunga matahari.
5.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 45 hingga 60 minit atau sehingga kek berwarna keemasan

6.
Sejukkan kek sebelum dikeluarkan

7.
Taburkan lobak merah yang telah diparut keatasnya sebagai hiasan